19/06/2008 5:08pm
KOTA BHARU 19 Jun – Che Bidah Awang Kechik, 96, ibu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa meninggal dunia di rumahnya di Kampung Chabang Tiga Haji Musa, Bukit Marak dekat sini hari ini, kerana sakit tua.
Anak sulungnya, Abd. Sattar Musa, 67, seorang pesara guru memberitahu Utusan Malaysia, ibunya yang terlantar sakit tua sejak dua bulan lalu meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi di hadapan tiga daripada tujuh adik beradik.
``Allahyarham tinggal bersama anak ketiga, Zaunah Musa dan ketika sakit teruk pagi tadi, hanya tiga anak perempuan berada di sisi.
``Ibu saya tenat dalam tempoh waktu yang singkat dan tidak sempat diziarahi oleh anak-anak yang lain termasuk Annuar yang kini berada di Jakarta atas urusan perniagaan dan dijangka sampai di sini pukul 8 malam nanti,'' katanya ketika ditemui.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Nassuruddin Daud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.
Menurut Abd Sattar, jenazah akan dikebumikan kira-kira pukul 10 malam ini di tanah perkuburan Tualang Patah, Badak Mati, Bachok selepas kepulangan Annuar dan keluarga.- Utusan.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
No comments:
Post a Comment