Wednesday, July 23, 2008

PELANGI

Antara ciptaan Allah yang menakjubkan di dunia ini ialah 'pelangi'. Ianya terjadi apabila berlaku hujan panas dan pembentukannya melengkung bulatan sangat mengujakan dan begitu indah. Tidak ramai yang begitu bernasib baik untuk bertemu hujung pelangi dan merakamkan gambar tersebut. Di bawah ini ada satu gambar yang berjaya dirakam.


Memang bertuah jurugambar ini kerana tiba tepat pada masanya. Namun ianya hanyalah 1/100 dari keindahan yang Allah tunjukan. 99/100 ada di syurga yang kekal abadi...







Thursday, July 10, 2008

Berhati-hati kalau sakit mata


Juara EURO 2008


Aplikasi untuk korporat


MOTOROLA Inc. pengeluar dan pembekal perkakas telekomunikasi terkemuka global, baru-baru ini memperbaharui rangkaian telefon bimbitnya dengan mengumumkan model Moto Q9h yang disasarkan untuk bagi golongan koporat dan ahli perniagaan. Ini kerana model tersebut dilengkapi dengan perisian sambungan BlackBerry, sekali gus membolehkan pengguna mengakses servis pintar BlackBerry yang menawarkan fungsi sama seperti telefon gajet pembantu digital peribadi (PDA).

Penggunaan servis tersebut melalui Q9h disokong penuh oleh pelayan khas menerusi perisian profesional yang ditawarkan dan servis Internet milik BlackBerry. Menurut Naib Presiden Koperat Perkasa Mobil Motorola Asia Timur, Mark Shockley, penyelarasan model Q9h dengan fungsi pintar BlackBerry merupakan nilai tambah kepada pengguna dan juga ia menawarkan pengalaman baru dalam berinteraksi dengan dunia mobiliti yang kian canggih.
Lebih menarik, sistem BlackBerry nyata menawarkan kepelbagaian fungsinya kerana perisiannya boleh diselaraskan, disepadukan serta disokong oleh syarikat pembekal penyelesaian teknologi maklumat (IT) terkemuka, seperti IBM dan Microsoft.


Secara tidak langsung, pengguna berupaya untuk berinteraksi serta menggunakan kemudahan wayarles yang disediakan di dalam sesebuah organisasi itu. Ini bermakna, menerusi perisian BlackBerry khas itu, pengguna berpeluang untuk menikmati servis perkhidmatan teknologi `Push E-mail’ menerusi Q9h. Secara jelas, ini membolehkan penghantaran dan penerimaan e-mel dilakukan antara rakan sekerja dalam masa sebenar.


Selain daripada menghantar e-mel dalam lingkungan pekerja di organisasi yang sama, perisian sistematik BlackBerry turut membolehkan maklumat dalaman syarikat dikongsi seperti kalendar, buku alamat dan data tugasan.
Lebih menarik, pautan seperti fail dalam format dokumen ataupun imej dapat dipaparkan menerusi Q9h. Bagaimanapun, penggunaan servis BlackBerry tidak terhad di kalangan pengguna di tempat kerja, malah menerusi kemudahan sambungan wayarles Q9h, pengguna mampu berinteraksi secara interaktif terhadap dunia mobiliti tanpa mengira masa dan lokasi.


Ini adalah kerana Q9h dilengkapi dengan sambungan wayarles Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan UMTS yang pasti menjanjikan kepantasan serta kelancaran ketika melayari Internet. Q9h juga memperlihatkan sistem operasinya dipacu menerusi sistem operasi terkini iaitu Windows Mobile 6.


Oleh yang demikian, pengguna mampu melakukan tugasan dan menjalankan beberapa aplikasi secara serentak dengan lebih teratur, pantas dan lancar.
Dalam pada itu, telefon ini juga menyediakan kemudahan kamera bersaiz 2.0 megapiksel untuk mengambil foto atau video. Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan spesifikasi lengkap produk, ia boleh didapati di laman web http://www.motorola.com/.

Kaspersky kumpul virus sebagai hobi

MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989. Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade. Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.

Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer. Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB. Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP.

Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus. Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia. Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan. Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.

Dramatik
Menurut Kaspersky, dunia virus telah berubah secara dramatik dan kini telah sampai ke era Malware III. Peringkat pertama, ketika beliau memulakan syarikat, virus didominasikan oleh jangkitan fail dan virus yang dibangunkan oleh remaja yang biasanya dijangkiti menerusi cakera liut. Peringkat kedua antara tahun 2000 hingga 2004, ia adalah era di mana cecacing Internet seperti I Love You dan Melissa dihantar sebagai lampiran e-mel. “Kita sekarang berada dalam dunia jenayah siber di mana penjenayah membangunkan Malware untuk menipu. “Kebanyakan kos yang dijangkiti disebarkan menerusi laman web yang berniat jahat dan bagi membawa pengguna ke sana, mereka menggunakan kejuruteraan sosial seperti spam, e-mel, phishing, blog, forum, laman Web 2.0 dan komuniti sosial lain,” kata Kaspersky semasa ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Kedatangan Kaspersky adalah dalam program Persidangan Kemuncak Keselamatan Siber Dunia (WCSS) yang pertama yang dianjurkan oleh Kerjasama Multilateral Menentang Pengganas Siber (IMPACT), baru-baru ini.
Menurutnya, trojan dan bots yang mencirikan Malware III lebih canggih dan pintar menyembunyikan diri. “Malware III pintar bersembunyi, sukar untuk mencari dan membuangkannya daripada sistem kerana mereka tahu tempat bersembunyi,” katanya.


Ia merupakan cabaran yang lebih besar bagi syarikat keselamatan berbanding membuang virus dikenali. Pembekal teknologi keselamatan juga perlu menambah teknologi proaktif yang mengenalpasti kelakuan Malware dalam semua jenis program. “Ini bukan tugas yang mudah,” tegas Kaspersky.
Beliau teringat - spyware - satu program tersembunyi yang apabila anda disambungkan kepada rangkaian, ia akan berinteraksi secara rahsia dengan komputer pelayan yang tidak diketahui. “Tentu saja, kita perlu menghapuskannya tetapi bukan semudah itu apabila program berkenaan dijual sebagai sistem antikecurian kepada pengguna komputer riba. “Inilah yang dikatakan ‘zon kelabu’ di mana syarikat bertelagah jika sistem yang digunakan sah atau tidak. “Masalahnya sekarang penulis Malware sentiasa berusaha menghasilkan sesuatu yang tidak seperti Malware,” katanya.


Ditanya adakah pihaknya berjaya mengatasi masalah berkenaan.
Kaspersky berkata, memang kalah sudah menjadi adat dalam perniagaan.
“Penjenayah siber telah mengubah taktik mereka. Jika dulu kami ‘mengekori’ mereka dengan cuba merungkaikan masalah yang diwujudkan. “Kini mereka ‘mengintai’ kami untuk meninjau kelemahan kubu kami. Ini boleh disifatkan sebagai seimbang,” katanya.


Kepakaran
Sebuah syarikat besar memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan desktop yang sama seperti Kaspersky Lab. Beliau menambah, keselamatan maklumat merupakan bidang yang menguntungkan tetapi syarikat terlalu besar tidak boleh memberikan sepenuh perhatian seperti dirinya. “Kami juga perlu bersaing dengan syarikat keselamatan maklumat yang besar yang menjual langganan dengan memasukkannya ke dalam komputer yang baru. “Kami telah melepasi tahap di mana kami tidak dikenali kepada sebuah syarikat bertaraf antarabangsa,” katanya. Kaspersky Lab mempunyai kelebihan di tempat seperti China dan Brazil di mana pasarannya masih luas.


Dalam jangka panjang Kaspersky Lab akan memasuki bursa awam terutamanya ke salah satu pasaran saham di pasaran Eropah. Semangat patriotik yang tumbuh segar dalam dirinya tidak akan membawa Kasperskry memindahkan perniagaannya ke luar negara seperti Oxford, UK. Sebelum ini pada 1990an, Kaspersky pernah berura-ura bekerja dengan Dr. Alan Solomon, bapa perisian anti-virus British bagaimana tidak menjadi.

Tuesday, July 8, 2008

Kematian di Tibet



Kisah ini sememangnya benar dan telah lama diketahui. Bagi masyarakat Tibet ini, tanah tempat tinggal mereka terletak atas gunung di mana tiada tanah lembut. Hampir kesemuanya diliputi batu atau salji/ais. Jadi, memberi mayat untuk dimakan oleh burung hering adalah pilihan mereka. Tambahan pula, dipercayai roh si mati akan kekal di gunung-ganang tersebut bersama burung berkenaan. Tindakan lelaki tadi memotong serta menghancurkan mayat adalah untuk memudahkan burung tersebut mempercepatkan proses ini. Mereka juga tidak mahu burung tersebut membawa anggota badan yang masih sempurna(seperti kepala, tangan dsb) ke tempat lain maka dihancurkan untuk memudahkan burung tersebut memakan mayat.

Menyayat Hati



Kisah kemalangan seorang wanita muda yang memandu porshe. Memang kereta yang mahal tidak boleh menjamin nyawa tidak melayang



Digilis mesin yang digunakan sehari-hari untuk mendapat rezeki.

Basikal Versi Terlatest




Basikal Versi Terbaru






Hukuman Mati Di China



Gambar ini menunjukkan salah satu jenis hukuman bunuh iaitu tembak yang dikenakan kepada pesalah-pesalah di China. Hukuman ini dijalankan pada waktu pagi dan melibatkan 68 jenis jenayah antaranya membunuh, mengedar dadah, rogol, terlibat dalam sendiket pelacuran, mencuri secara tegar, mencuri & menyeludup khazanah negara, mengedarkan bahan lucah, sendiket wang palsu, pemalsuan dokumen perniagaan, rasuah, penyeludupan barang-barang larangan termasuklah penyeludupan beruang panda.



Semasa kempen "Strike hard" terhadap jenayah di China pada tahun 2001, Majlis Pengampunan Antarabangsa merekodkan 1,781 kes pengorbanan secara tembakan ini. Rekod ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan kes seluruh dunia. China tidak menerbitkan statistik hukuman bunuh jenis ini kerana ia adalah rahsia negara. Hukuman ini akan serta merta dilaksanakan setelah hukuman dijatuhkan dan keluarga pesalah membayar kos peluru.



Tangan pesalah akan diikat ke belakang dan mereka akan melutut sebelum menerima 1 das tembakan pada jarak dekat di bahagian belakang kepada ataupun leher oleh tentera ataupun polis yang ditugaskan. Selain itu, para pelaksana hukuman boleh juga menembak pesalah pada bahagian jantung menggunakan senjata automatik.



Undang-undang China tidak menyatakan secara spesifik tempat hukuman dijalankan dan kebiasaannya dilakukan di dalam kawasan tentera dan juga kawasan bukit. Pesalah akan dibawa menaiki lori dari stadium sukan tempat mereka diumumkan bersalah.



Hukuman tidak dijalankan di dalam penjara kerana ia disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan bagi pesalah lain yang mendengar bunyi tembakan tersebut.Pada hukuman bunuh pada bulan Disember 1995 (gambar yang saya bagi diatas), 13 pesalah (lelaki dan perempuan) yang disahkan bersalah membunuh dan melakukan rompakan jalan raya telah ditembak setelah mahkamah menolak rayuan mereka. Stesen televisyen China memaparkan 9 lelaki dan 4 perempuan berbaris di stadium sukan di hadapan lebih 10,000 orang awam sebelum dibawa ke tempat penghukuman di kawasan bukit berhampiran.Setelah penghukuman dilaksanakan, selalunya ginjal, jantung dan kornea akan diasingkan dari mayat dan diserahkan ke hospital tempatan sebagai transplan."Hukuman bunuh ini adalah satu pendidikan yang amat berkesan." kata pemimpin agung China, Deng Xiaoping.Pada tahun 1997, China memulakan kajian suntikan membunuh dan akan digantikan juga dengan hukuman tembak dalam beberapa daerah serta melibatkan pesalah berbahaya.

Hukuman Gantung Di Iran






Thursday, July 3, 2008

Gigitan Berbisa



Pernahkah anda melihat kesan akibat digigit serangga yang berbisa? Gambar di atas adalah satu contoh yang menarik untuk direnungi. Makhluk yang kecil tapi mampu memberikan impak yang sangat besar hingga boleh membawa kepada kematian kalau terlambat mengubatinya. Lihatlah kuasa Allah, saiz bukanlah memainkan peranan. Apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi...

Bagaimana Lelaki Menemui Ajal

Tertarik dengan grafik yang dipaparkan hinggakan hilang seketika fokus kepada punca kematian. Walau apapun selamat menghayati carta yang menarik ini dan jangan sekali-kali lupa bahawa kesemua kematian tersebut adalah berpunca dari satu... apabila malaikat maut datang mencabut nyawa setelah sampai saat dan ketikanya. Cuma caranya sahaja pelbagai...