Monday, June 30, 2008

Kehebatan Senilukis




Kemudahan storan percuma di Internet www.woofiles.com

Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan fail di Internet, ada pemberi kemudahan yang memerlukan perisian dipasang terlebih dahulu, ada pemberi kemudahan yang memerlukan pendaftaran dan ada juga pemberi kemudahan yang menggunakan storan di email untuk menyimpanan fail di Internet.

Kini terdapat pemberi kemudahan yang membolahkan anda menyimpan fail dengan cara yang paling ringkas, tidak perlu mendaftar atau memuat-turun apa-apa perisian, cukup sekadar menggunakan browser dan alamat email anda.

Alamat pemberi kemudahan tersebut adalah www.woofiles.com. Apabila anda telah sampai ke laman web ini apa yang anda perlukan adalah menekan ikon Add File. Satu Dialog Box akan dibuka untuk anda memilih dan memulakan proses memuat naikkan fail tersebut.

Thursday, June 26, 2008

7 ayat cinta


1.Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquwataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Monday, June 23, 2008

Said Oghe Gedebe

AKU DAN NGV

Harga petrol naik lagi, Harga minyak dunia melambung tinggi. Itu barangkali yang menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi, restoran atau kantin-kantin kilang. Belum lagi masuk dalam bab kesan sampingan kepada ekonomi Negara dan tentunya ekonomi duit poket kita.Belum pun seminggu harga petrol naik, kita dah mula terasa bahangnya. Mana tidaknya, setiap hari diberita, ada sahaja harga barangan yang meningkat dan bagaimana kehidupan kita untuk minggu, bulan dan tahun-tahun akan datang??? Pastinya harga petrol dan barangan akan terus naik dan naik dan naik.....Bagi aku.......tindakan awal memasang NGV terasa berbaloi kini. Mungkin ini satu cara untuk aku jimatkan duit poket walaupun pelaburan awal yang agak tinggi.....yelah......awal tahun 2007 harga pemasangan NGV Waja pada ketika itu Rm3800++. Tapi sekarang dah UP lagi. Dan tentunya dengan pemintaan yang semakin tinggi tidak mustahil harga pemasangan NGV akan terus meningkat dipasaran.Waktu tu, aku nekad keluarkan duit simpanan, tapi aku puas hati dengan penjimatan yang aku nikmati setelah setahun setengah menggunakan NGV. Berbaloi memang berbaloi dan balik modal. Mana tidaknya, isian setong penuh gas lebih kurang dalam RM8.50, aku dapat memandu sejauh 180 - 200km. Sedangkan petrol, RM10 bersamaan 45km....itu harga petrol dulu...tapi sekarang.....Tepuk Dada Tanya Selera.Dengan perjalanan 60km setiap hari ketempat kerja, tentunya pemasangan NGV adalah yang terbaik untuk waja aku. Mungkin, ini adalah salah satu alternatif untuk kita sama-sama mendapat penjimatan dengan kos kehidupan yang terus meningkat pada masa ini.Semoga kita sama-sama mendapat sedikit kebaikan darinya. Pusat pemasangan NGV juga tumbuh bagai cendawan. Pastikan anda membuat servey yang terbaik tentang perkhidmatan mereka dalam menjaga kualiti pemasangan NGV pada kenderaan anda. Ada kedai atau syarikat yang boleh memasangnya tapi servis selepas itu diluar kerja atau bidang mereka. So berhati-hatilah. Dibawah, saya sertakan sedikit info mengenai NGV.Apa Itu NGV??1) NGV bermaksud "Natural Gas for Vihicles"2) Gas asli ini digunakan juga di stesen-stesen janakuasa, Kilang dan Kemudahan Komersil yang lain.3) Komposisi utama NGV ialah "Methane"Kebaikan Penggunaan NGV1) Penjimatan kos bahan bakar yang maksimum sehinggan 70%2) Insentif dari kerajaan dengan pengurangan cukai jalan sebanyak 25%3) Jangkamasa injin kenderaan yang tahan lebih lama4) Meningkatkan tahap ekonomi pengguna5) Harga pasaran gas asli yang stabil6) Mesra alamTahap keselamatan penggunaan NGV Walaubagaimanapun, sudah tentulah antara perkara yang harus dipersoalkan adalah berkenaan ciri-ciri keselamatan. Di sini para pemilik dan bakal pemilik kenderaan yang berasaskan NGV ini tidak perlu risau berkenaan soal keselamatan dimana bagi melihat rekod yang dilaporkan kini NGV adalah sejenis bahan api yang lebih selamat berbandingkan dengan minyak petrol atau bahan api alternatif yang lain pada hari ini.Ini disebabkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada NGV (dan masih meningkat) dari segi teknologi automotif, tahap keselamatan yang tinggi serta NGV ini ditempatkan di dalam sistem fizikal enjin tersendiri dan pemangkin kepada keselamatan penggunaannya jika dibandingkan dengan bahan api yang berasaskan petroleum yang lain.

Bumi sebesar debu




Di sini matahari hanya sebesar debu!Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.Lalu . . .siapakah kita?apakah tujuan hidup kita?Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata 'inilah aku!'...??Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam.

Ayam Tercantik 1






Ayam Tercantik 2






PEMANDANGAN


Thursday, June 19, 2008

Ibu Annuar Musa Meninggal.

19/06/2008 5:08pm
KOTA BHARU 19 Jun – Che Bidah Awang Kechik, 96, ibu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa meninggal dunia di rumahnya di Kampung Chabang Tiga Haji Musa, Bukit Marak dekat sini hari ini, kerana sakit tua.
Anak sulungnya, Abd. Sattar Musa, 67, seorang pesara guru memberitahu Utusan Malaysia, ibunya yang terlantar sakit tua sejak dua bulan lalu meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi di hadapan tiga daripada tujuh adik beradik.
``Allahyarham tinggal bersama anak ketiga, Zaunah Musa dan ketika sakit teruk pagi tadi, hanya tiga anak perempuan berada di sisi.
``Ibu saya tenat dalam tempoh waktu yang singkat dan tidak sempat diziarahi oleh anak-anak yang lain termasuk Annuar yang kini berada di Jakarta atas urusan perniagaan dan dijangka sampai di sini pukul 8 malam nanti,'' katanya ketika ditemui.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Nassuruddin Daud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.
Menurut Abd Sattar, jenazah akan dikebumikan kira-kira pukul 10 malam ini di tanah perkuburan Tualang Patah, Badak Mati, Bachok selepas kepulangan Annuar dan keluarga.- Utusan.

Gambar istimewa


Wednesday, June 18, 2008

Iradat Tuhan

Kehidupan Yang Tragis











Di Bawah Satu Cahaya

PAKEJ CYBER MASTER


Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kelas asas komputer, sila daftarkan diri anda dengan segera. Tawaran hanya pada harga RM 150 sahaja. Kelas meliputi Word, Excel, Powerpoint dan Asas Internet.

Hubungi Ja ( HP : 0139660160 ) atau
Tel/Fax : 09-7952773